TUGAS SUB UNIT HEM

 

Berikut adalah tugas tugas sub unit HEM.

JK Pendaftaran

• Memastikan data APDM murid lengkap dan dapat dikumpul melalui kerjasama guru kelas mengemaskini data apdm dari masa ke semasa.

• Mengurus, merekod dan mengemaskini hal ehwal pendaftaran dan pengesahan murid tahun 1.

• Menyelia, mengesahkan dan menyimpan rekod enrolmen murid setiap bulan.

• Memastikan e-kehadiran ditandai setiap hari dengan bantuan guru kelas.

• Memastikan enrolmen murid terkini dipaparkan di pejabat bagi rujukan staf & pelanggan menyemak dokumen penempatan tahun 1.

• Mengurus & mengemaskini rekod murid pindah masuk dan keluar menyelia buku Jadual Kedatangan Murid (JKM).


JK Kemasukan Ke Tingkatan 1

• Mengurus permohonan murid Tahun 6 ke sekolah menengah secara online bersama guru kelas.

• Mengurus permohonan murid ke sekolah kawalan dan sekolah berasrama penuh secara online.

• Mencetak surat penempatan Tingkatan 1 dan menyerahkan kepada setiap murid.

• Menguruskan dokumen serta fail berkaitan murid Tahun 6.


JK Disiplin

• Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 4 kali setahun.

• Membantu guru besar merangka peraturan sekolah.

• Memberikan penerangan peraturan sekolah kepada guru & murid.

• Melaksanakan program dan aktiviti disiplin yang dirancang.

• Menerima, merekod & menyiasat aduan salahlaku murid – Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM).

• Bekerjasama dengan guru bimbingan & kaunseling dalam menyelesaikan salahlaku murid.

• Menguatkuasakan peraturan dengan bantuan pengawas sekolah.

• Mengambil tindakan menyelesaikan salahlaku murid berpandu SPI disiplin dengn kebenaran.

• Mengemaskini maklumat SSDM dan folder unit disiplin.


JK Pengawas

• Membuat pemilihan pengawas sekolah berdasarkan kelayakan.

• Menyediakan jadual tugasan pengawas & memantau pengawas.

• Bekerjasama dengan unit disiplin mengurus kawalan murid dalam majlis/ program sekolah membantu guru mengawal kelas.

• Merancang dan mengadakan kursus kepimpinan pengawas.

• Membantu guru disiplin mengadakan spotcheck mengikut keperluan pengawas membantu dalam menguatkuasa peraturan sekolah.


Unit SPBT

• Memastikan semua murid warganegara Malaysia yang layak menerima bantuan SPBT.

• Memberikan taklimat tentang penjagaan buku teks.

• Menerima & merekodkan buku.

• Mengemaskini fail & folder serta bilik operasi SPBT (bilik boss).

• Membuat pesanan buku pada pertengahan tahun ke biro buku teks.

• Mengisi maklumat dan data dari kementerian.

• Menghapuskira buku bantuan yang tidak diperlukan.

• Membuat sesi pemulangan buku pada akhir tahun/pengagihan semula untuk tahun hadapan.

• Mengenalpasti murid yang menghilangkan buku dan menggantikan dengan senilai dengannya.

• Menyimpan rekod dan menyediakan laporan berkala.


Unit RMT

• Memproses borang permohonan serta membuat pemilihan murid RMT berdasarkan kelayakan.

• Merekodkan maklumat kendiri murid yang layak.

• Menghantar permohonan maklumat murid yang layak kepada PPD.

• Memberikan taklimat kepada murid RMT pada awal tahun.

• Menyediakan peraturan, jadual menu dan pengambilan makanan.

• Mengambil kehadiran murid RMT setiap hari.

• Memantau penyediaan & pelaksanaan RMT oleh pengusaha kantin berdasarkan garis panduan.

• Menyediakan laporan bulanan untuk dihantar ke PPD.


Unit KWAPM

• Mengedar borang permohonan KWAMP kepada murid yang disenarai dalam maklumat bantuan.

• Memproses borang KWAMP dan mengenalpasti murid layak.

• Mengenalpasti penerima baru yang layak KWAMP, cicir dan tahun 1 bersama guru kelas.

• Menyimpan dokumen serta borang permohonan murid dalam folder.

• Membantu mengurus pengedaran bantuan KWAMP.

• Merekodkan pencapaian akademik murid yang menerima bantuan KWAMP.


Unit Kebajikan dan Bantuan One Off

• Mengenalpasti murid yang layak mendapat sumbangan seperti anak yatim & miskin.

• Melaksanakan program kebajikan serta bantuan kepada murid yang ditimpa musibah.

• Menyimpan rekod kutipan dan agihan.

• Mengadakan majlis mengedarkan sumbangan hari raya.

• Menyelaras aktiviti kutipan daripada agensi luar seperti aman palestin dan mendapat kebenaran.

• Mengurus bantuan one-off kepada murid layak seperti bantuan persekolahan awal tahun.

• Menyimpan semua borang & dokumen penyerahan & menerimaan bantuan one-off.


Unit 3K

• Menyelaras program 3K di bawah pengurusan 3 unit – kesihatan/keceriaan/keselamatan.

• Menganjurkan gotong royong perdana yang melibatkan PIBG, ibu bapa & agensi luar.

• Melaksanakan program tandas sejahtera berdasarkan instrumen.

• Menyediakan laporan berkala dan tahunan.


Unit Kesihatan

• Mengurus pemeriksaan kebersihan diri murid.

• Memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan selengkapnya.

• Menyediakan jadual bertugas bilik rawatan.

• Mengurus buku rekod kesihatan murid (RKM) dan kad gigi dengan bantuan guru kelas.

• Bantu urus pemeriksaan kesihatan, imunisasi dan pemeriksaan gigi oleh kementerian kesihatan.

• Menganjurkan program sekolah sihat bersama Kelab Doktor Muda dan Jabatan Kesihatan.

• Merekodkan aktiviti serta mengemaskini dokumen dalam folder.

• Menyelaras program, aktiviti dan kempen berkaitan pembiakan dan penghapusan jentik-jentik.


Unit Kebersihan dan Keceriaan

• Melibatkan semua pihak dalam program kebersihan & keceriaan sekolah.

• Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang selesa, bersih dan ceria.

• Meningkatkan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan.

• Bekerjasama dengan syarikat pembersihan.

• Memantau tugas pekerja dan tahap kebersihan sekolah.

• Menyediakan laporan berkala dan tahunan.


Unit Keselamatan

• Mengadakan kempen kesedaran keselamatan dan kecemasan.

• Mengadakan latihan kawad kebakaran/kecemasan 2 kali setahun dengan bantuan bomba.

• Memastikan alat pemadam api berfungsi baik.

• Menyediakan pas keluar/masuk pelawat sekolah.

• Memastikan polisi pergi dan balik sekolah dipaparkan.

• Melaksanakan semua aspek keselamatan yang dinyatakan dalam instrumen (SPKS).

• Mengisi dan menyimpan rekod SPKS 2 kali setahun ( april dan ogos).

• Memastikan polisi keselamatan dipaparkan di dalam bilik khas dan padang.

• Memastikan papan tanda amaran diletakkan dikawasan berisiko disekitar sekolah.

• Memantau pengawal keselamatan melalui spotcheck berkala.

• Menyelaras program sekolah selamat.

• Mengemaskini folder.


Unit Pengurusan Kantin

• Mengadakan pemantauan terhadap kantin sekolah berdasarkan kendiri kantin.

• Perbincangan bersama pengusaha kantin- baiki/meningkatkan kualiti perkhidmatan.

• Memastikan papan tanda berkaitan maklumat menu, harga dan peraturan disediakan.

• Mengurus, menyiasat dan mengambil tindakan atas aduan yang diterima berkaitan kantin.

• Membuat laporan aduan dan direkodkan dalam folder kantin.

• Merancang aktiviti bersesuaian sepert kempen kebersihan kantin & makanan sihat dan seimbang.

• Menyediakan laporan tahunan.


Unit Bimbingan dan Kaunseling

• Merancang, mengurus, melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling peringkat sekolah menyelaras dan memantau program amalan guru penyayang.

• Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada murid bermasalah disiplin dan pembelajaran.

• Program permuafakatan dengan PIBG & agensi kerajaan/swasta.

• Meningkatkan iklim belajar.

• Membantu menyelesaikan masalah ponteng dikalangan murid.

• Memastikan bilik kaunseling sentiasa dalam keadaan kondusif.

• Menyediakan laporan & dokumentasi setiap program dan aktiviti dilaksanakan.

• Mengemaskini folder dan fail.


Unit PPDa

• Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesedaran berkaitan dadah.

• Memastikan setiap warga sekolah memahami bahaya dadah.

• Memastikan lorong dan sudut ppda dikemaskini dengan info berkaitan bahaya dadah.

• Mengadakan kempen kesedaran merentasi unit kurikulum dan kokurikulum.

• Membuat pemantauan kendiri berdasarkan instrumen.

• Menyediakan laporan dan dokumentasi program dan aktiviti.


Unit Aduan

• Menerima aduan daripada warga sekolah dan ibu bapa melalui borang aduan pelanggan.

• Menyelaras peti aduan sekolah.

• Merekodkan aduan pelanggan yang diterima.

• Memproses borang aduan berpandukan sop siasatan dan aduan.

• Menerima dan merekod aduan berkaitan kerosakan.

• Menyiasat aduan kerosakan diterima dan mengambil tindakan yang perlu bersama gpk hem.

• Memastikan kerosakan telah diperbaiki dan membuat laporan.