BANGUNAN SEKOLAH
Sek Keb Tegayong mempunyai 3 bangunan utama iaitu Blok A , Blok B dan Blok C.
BLOK A
Blok A merupakan bangunan baru bagi sekolah SK Tegayong. Ia mula di bina pada tahun 2003 pada tapak yang dahulunya adalah padang bola sekolah Tegayong. Ia menempatkan dewan kedua di aras 3, pejabat di aras 2, bilik guru dan bilik mesyuarat di aras 1 dan dewan di aras lantai.
BLOK B
Bangunan Blok B merupakan bangunan asal utama sekolah SK Tegayong. Sebelum di bina bangunan blok A dan C, Sekolah Tegayong hanya mempunya bangunan Blok B dan bangunan Kanten sahaja serta bangunan kayu di kawasan Pra sekolah. Dulu bangunan Blok B menempatkan pejabat dan bilik guru juga kelas. Kini ia menempatkan kelas di aras 1 , manakala aras lantai pula di tempatkan Makmal Komputer, Bilik Kesihatan dan Bilik Sukan.
BLOK C
Blok C pula pada aras lantai menempatkan Bilik RBT, Bilik Sains dan Musalla, manakala aras 1 Bilik Buku Teks, Bilik jQAF dan kelas, aras 2 pula menempatkan kelas kelas pelajar. Aras 3 hanya menempatkan bilik PSV.
DEWAN TERBUKA
SK Tegayong telah mendapat peruntukkan untuk di bina Dewan Terbuka bagi kegunaan pelajar dalam aktiviti aktiviti sukan.
PADANG SEKOLAH
Pada tahun 2019 Tanah Simpanan SK Tegayong yang belum di gunakan ialah seluas 5 ekar lebih. Dengan pertolongan dari beberapa ibu bapa dan individu padang seluas 2 ekar lebih dapat di wujudkan tanpa menanggung kos kos yang mahal. Ia bermula apabila sahabat kepada Penolong Kanan Kokurikulum ketika itu iaitu Cikgu Ainuddin datang membuat urusan di sekolah SK Tegayong. Dari cakap cakap ketika minum air di kanten PK Ko menyuarakan keinginan untuk mewujudkan padang. Atas dasar kawan, sahabat beliau dan beberapa individu lain datang beberapa hari kemudian membuang semak dan pokok kecil, meratakan kawasan sehingga terwujudlah padang SK Tegayong.










