Bidang Tugas Unit Kurikulum
1.Guru Matapelajaran
▪ Mempunyai sebuah Buku/ Fail Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada PK1/Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
▪ Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan Sukatan Pelajaran yang berkenaan.
▪ Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan matapelajaran serta menentukan matlamat yang harus dicapai di akhir setiap pembelajaran dan pengajaran.
▪ Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi matapelajaran yang diajar dengan lengkap dalam tempoh setahun dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
2.Setiausaha Kurikulum
▪ Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat.
▪ Mencatatkan minit mesyuarat dan menyediakan maklum balas mesyuarat
▪ Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua guru panitia.
▪ Menghubungi ahli-ahli panitia untuk memperolehi maklumat segera tentang isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan panitia.
3.JK Kurikulum Sekolah
▪ Menjadi pengerusi panitia matapelajaran.
▪ Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkan kepada anggota panitia.
▪ Mengetuai panitia matapelajaran bagi merangka Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian.
▪ Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan sesalinan kepada pengurusan sekolah.
▪ Mengagihkan pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan ujian, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
▪ Merangka takwim panitia mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
▪ Menentukan target matapelajaran Berasaskan Peperiksaan Akhir Tahun dan peperiksaan UPSR semasa.
▪ Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.
▪ Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
▪ Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia matapelajaran.
▪ Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
▪ Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
▪ Merangka dan melaksanakan program kurikulum seperti program UPSR dan sebagainya.
▪ Memberi input yang imaginative dan inovatif bagi mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah.
4.JK Panitia Matapelajaran
▪ Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.
▪ Menyediakan Rancangan Mengajar Tahunan.
▪ Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
▪ Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
▪ Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.
▪ Mengadakan mesyuarat panitia.
▪ Menyediakan dan menyebarkan alat bantuan mengajar.
▪ Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas dan alat-alat bagi matapelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
▪ Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 Panitia Matapelajaran.
▪ Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah, PPD, JPN, KPM.
5.JK Peperiksaan dan Penilaian
▪ Menyediakan takwim/jadual peperiksaan dan mengedarkannya.
▪ Menyediakan senarai pembuat soalan dan pengesahan soalan.
▪ Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.
▪ Menganalisa dan melaporkan keputusan peperiksaan dalaman dan awam.
▪ Menyediakan, mengisi, menyemak borang kemasukan peperiksaan UPSR dan menghantar ke JPN.
▪ Menyedia/melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
6.JK Jadual Waktu
▪ Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
▪ Menyediakan jadual waktu induk sekolah/persendirian dan kelas.
▪ Mengubah jadual waktu dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
▪ Menyediakan jadual waktu ganti bagi guru yang tidak hadir ke sekolah.
7.Guru Data
▪ Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD, JPN, KPM.
▪ Menyedia dan merekod data untuk pembangunan sekolah.
▪ Menjalankan tugas-tugas berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.
▪ Memberi khidmat nasihat kepada guru-guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.
8.JK Pusat Sumber Sekolah
▪ Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
▪ Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada.
▪ Menyedia alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan.
▪ Berbincang dengan GB berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan kemampuan sekolah.
▪ Merancang anggaran belanjawan tahunan.
▪ Berhubung rapat dengan bahagian perkhidmatan sebaran pendidikan –PKG, PSPN dan lain-lain agensi.
▪ Sebagai jurufoto sekolah – merakamkan peristiwa-peristiwa penting sekolah dan memasukkan ke dalam album sekolah.
▪ Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.
▪ Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog-katalog buku baru untuk diedarkan kepada guru-guru bagi memilih buku-buku yang sesuai.
▪ Mengurus dan mengemaskini kerja-kerja berikut:
– Merekod semua buku yang ada stok
– Mengelas, mengkatalog, dan memproses buku.
– Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan.
– Melantik pengawas perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya.
▪ Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
– Sudut pameran.
– Pameran Buku Baru.
– Minggu/Bulan perpustakaan dan Bulan Membaca.
– Mengadakan pertandingan banyak membaca (NILAM).
– Mengadakan sudut bertema.
▪ Membaik pulih buku yang rosak dan menjilid.
▪ Membuat hapuskira, menutup kira-kira dan membuat anggaran belanjawan bagi tahun yang berikutnya.
▪ Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi ”Gedung ilmu”.
9.JK PLC
▪ Merangka aktiviti PLC guru.
▪ Menyediakan dokumentasi.
10.JK ICT
▪ Menyelaras penggunaan komputer.
▪ Mengadakan kursus dalaman yang berkaitan penggunaan komputer.